Assalamualaikum semua..lamanya tak menjenguk blog..alkisahnya
tuan blog ni punyelah busy..cewah.:P busy hal ape la tu..hehe
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk merasai umur 20++
[umur sebenar perlu dirahsiakan..:P] terima kasih kpd yang sudi mengucapkan selamat
hari lahir dan mendoakan diri ini.
Alhamdulillah sepanjang hidup ini, banyak nikmat yang Allah dah
bagi. Nikmat sihat, kebahagiaan, rezeki, n macam2 lagi lah, tak terkira nikmat
Allah dah bagi..syukur sangat2. Tak lari juga dugaan2 yang datang untuk
mematangkan lagi diri ini.. Alhamdulillah, sentiasa rasa ada kekuatan untuk
menghadapi apa yang berlaku. Terima kasih kepada insan-insan yang mendoakan dan
selalu bersama diri ini susah dan senang. Sayang kalian lillahi taala..^^,
Kesibukan kian terasa sebagai pelajar tahun akhir. Namun ia
tidak menghalang diri ini untuk melakukan yang terbaik dalam apa yang
dilakukan. Praktikum juga berbaki lagi sebulan. Moga diberi kekuatan untuk
menghabiskannya dengan baik disamping tugasan-tugasan lain yang perlu
diselesaikan.
Dalam kesibukan berpraktikum, diri ini masih menerima jemputan
walimah sahabat2. Syukran jazilan sudi menjemput. Moga diberi kesempatan untuk
menghadirkan diri ke walimah kalian. Mabruk untuk semua. Doakan diri ini
juga.:D
Oke, done for this. Ayuh kembali siapkan tugasan lain. Jumpa lagi
akan datang..:P
Kepada sesiapa yang baca blog ini, terima kasih kerana sudi
baca.
p/s-jangan
lupa senyum, senyum dan terus senyum. Ia akan memberi aura positif dalam diri. Bangun
pagi2 senyum pada diri dulu, ok? Wasalam.
No comments:
Post a Comment