Assalamualaikum. Lama menyepikan diri kerana terlalu sibuk
dengan urusan praktikum. Alhamdulillah selesai menjalankan praktikum III pada
semester ini dan merupakan praktikum terakhir. Semester depan internship. Nak
tamat pengajian dah rupanya. Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Pasti diri
ini merindui kehidupan sebagai guru pelatih nanti. ^^,
Terima kasih warga SK Bukit Tumbuh, Terengganu yang banyak
membantu diri ini untuk menjadi guru sebenar. Terima kasih buat anak-anak didik
yang mengajar ku erti kesabaran dalam mendidikmu. Terima kasih buat keluarga
dan sahabat yang sentiasa membantu diri ini untuk berdiri semula setiap kali
terjatuh. Dan yang paling utama, syukur pada-Mu kerana sentiasa ada untukku dan
memberiku kekuatan untuk terus thabat di jalan ini.
Dalam kesibukan di minggu akhir praktikum, sempat jua diri ini
pulang sebentar untuk bertemu ibu dan papa. Juga untuk menyelesaikan beberapa
urusan. Pulang bersama seorang sahabat yang sudi menemani diri ini juga untuk
diperkenalkan pada ibu dan papa. Lamanya merancang, baru ini dapat bertemu dan
berkenalan. Alhamdulillah, urusan ini juga dipermudahkan. Moga segala perancangan
pada masa akan datang juga dipermudahkan. Amiinn..:D
Baru-baru ini berkesempatan menghadirkan diri di majlis akad
seorang sahabat baik. Hanya majlis akadnya dulu. Walimahnya masa cuti sekolah
nanti. Barakallah syuhada dan zauj. Moga masjid yang dibina kekal hingga
syurga. Moga selepas ini, hanya senyuman kegembiraan yang ku lihat, tiada lagi
tangisan yang sering mengiringimmu.
Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat juga menziarahi seorang
sahabat dan keluarganya. Lamanya juga merancang untuk bertemu, akhirnya dapat
juga jumpa. Terima kasih atas layanan yang sangat istimewa. Moga bertemu lagi..
Si kecil comel Syifa, rindu sama kamu. :D
Hari ini, tukar mood dari seorang cikgu ke pelajar semula..hehe
kembali berkuliah pada minggu ini dan minggu depan dah mula study week. Cepatnya
masa berlalu, dah nak habis sem dah. Tak ready lagi nak exam..huhu Jadi, jomlah
kita mula study slow2, buat nota-nota, cari soalan yang berkaitan dll. Aipp,
fikir apa lagi tu..dah2 berblogging, jom buat apa yang patut…heeee
Oke, bai. Terima kasih kepada yang sudi membaca.
No comments:
Post a Comment