Petala Pertama: Dasar Kepada Cinta.
Engkau tidak meminta. Engkau tidak pula berdoa mengharapkan dia. Saban waktu solat, yang engkau doakan hanyalah wanita yang sederhana. Memahami agamaNya, berakhlak, dan dari keturunan yang baik. Sejuk wajah memandang, tenang dan menyenangkan. Engkau tidak sebut nama sesiapa.
Dan itulah yang menjadi canda harian dikau dengan Hazwan.“Doakan ana dapat bidadari yang sederhana, faham agamaNya, berakhlak, sejuk wajah memandangnya.
” Bisik kau ke telinga Hazwan saban dia mengangkat tangan berdoa, dan begitulah dia melakukannya kepada engkau, kala kalian berkesempatan.Tetapi Allah jatuhkan rasa itu kepada Si Dia. Dari arah yang tidak disangka-sangka.
“Takkan nampak dari jauh, sudah mahu jatuh hati?” Engkau sentiasa mempersoalkan diri. Kau tidak pernah bertemu dengannya. Engkau tidak kenal sikap dan akhlaknya. Engkau tidak tahu keluarganya bagaimana. Dan engkau tidak pernah tahu bagaimana agamanya.Bertudung labuh bersama seragam sekolahmu, itu belum membuktikan apa-apa. Namun hanya sekilas pandang, jiwamu seakan tidak mahu melepaskannya. Wajah itu lekat di dalam hati, dan sentiasa diulang tayang dalam minda.
“Allahuakbar.” Resah jiwamu, sukar mahu mengaku.
“Inikah cinta?”Tetapi engkau tidak terus lemas di dalam perasaan. Jiwamu belum buta. Engkau tahu cinta hanya rasa, bukan Tuhan yang perlu diutama. Maka engkau tidak lama membiarkan diri bertarung dengan raksasa rasa.
“Ini kenapa muka sugul ni?” Sapa Ustaz Mikail yang engkau jumpa.Engkau sekadar memandangnya kosong. Wajah lelaki berambut kemas, berbaju melayu, bertubuh sedikit gempal, sedang menatapmu dengan pandangan kasih. Tangan kanannya kini di bahu kirimu, tanda mesra.
“Ana ni macam jatuh hati pada seorang pelajar perempuan ini la Ustaz.”
Dan wajah jernih murabbimu itu kini beriak terkejut. Dua kening terangkat. Kemudian perlahan-lahan bibir merekah dengan senyuman, dan tawa kecil mengekori keadaan.
“Serius?” Tawa masih ada pada ustaz merangkap warden asrama tempat engkau menadah ilmu itu.Engkau memuncungkan bibir.
“Seriuslah ustaz. Buat apa ana main-main.”“Oh, ok, ok. Dah besar dah rupanya anak murid ustaz ni. Tingkatan enam la katakan.
” Bahumu ditepuk lagi dua tiga kali.“Ustaz, berikanlah ana nasihat. Ana jatuh hati sebab tertengok dia sahaja tempoh hari. Ana tak kenal dia. Ana tak tahu dia bagaimana. Jadi, apa ana patut buat?” Engkau meluahkan segala ragu di dalam kalbu. Dan Ustaz Mikail tidak terus menjawab persoalanmu.Beberapa ketika, bilik warden itu hanya dihiasi bunyi kipas yang berpusing di siling.
“Cinta. Dasarnya mestilah Pencipta Kepada Cinta.” Ustaz Mikail mula berbicara.
“Maka jika benar itu cinta, mestilah menurut perintahNya.” Kali ini tangannya menggosok belakang tubuhmu. Senyuman di bibir Ustaz Ridhwan, seakan diiringi 1001 makna.Mata engkau membesar.
“Jangan tertipu dengan cinta. Kadangkala, syaitan hanya mempermainkan kita. Sekarang, pergilah dengan nama Tuhan, bermulalah kembara enta untuk mencapai cinta dengan pengalaman.”“Aduh, sasteranya Ustaz.” Engkau mencebik. Dan mulut Ustaz Mikail berbuah tawa.
“Sudah tidak tahu, perlulah menjemput tahu. Jangan sekadar rasa, nanti merasa sahaja.” Kini pipimu pula disentuh lembut, seterusnya Ustaz Ridhwan bangun.
“Itu sahaja nasihat Ustaz?”“Iya. Lebih dari cukup bukan? Enta bukan anak kecil lagi. Allah memberikan kita peluang untuk berusaha. Masanya, kembara bermula.
”Engkau menggaris senyum. Engkau sedar, bukan Ustaz Ridhwan tidak mampu membantumu dari A hingga Z, dari sifar kepada infiniti, tetapi dia memilih untuk mendidikmu. Cukup sekadar engkau mengetahui atas dasar apa cinta harus engkau bina, sekaligus engkau mengetahui apa yang sepatutnya engkau jauhi, dan kemudian dia menghantarmu bergerak memulakankembara.Kembara cinta.
“Terima kasih ustaz.”

No comments:
Post a Comment