^^,


Thursday, December 5, 2013

Banjir di Pahang



Assalamualaikum
Banjir di Pahang semakin teruk.
Kelmarin, empangan di Kuala Lipis tidak dapat menampung jumlah air yang berlebihan.dan air2 perlu dilepaskan melalui pintu2 yg ada kat empangan tu. (mf, saya tak tahu nama tempat air tu dilepaskan, pintu pun okla kn..heee, harap korang faham)
Malam ini juga dikatakan gelombang seterusnya akan berlaku.
Air dari Jerantut dan Kuala Lipis akan turun ke sungai Pahang dan akan mengakibatkan banjir besar sekali lagi di Kuantan dan kawasan2 rendah.
Dikatakan juga bantuan lambat tiba di sesetengah tempat.
Bersabarlah wahai saudara2ku di sana. :)

KDYTM Tengku Puan Pahang mencemar duli membantu memasak di pusat pemindahan SUKPA.
Sama2 turun padang, memasak dan menyediakan makanan.
^^,
Petang tadi berkesempatan melihat air sungai Pahang di Esplanade, Temerloh. Air sungai semakin meningkat.
Papaku kata, banjir kali ini mungkin lebih teruk berbanding banjir besar yang berlaku sebelum ini pada tahun 2007.
Jalan Temerloh-Bera juga sudah dinaiki air petang tadi.
Nasib baik papaku dan rakan2 sekerjanya sempat pulang tetapi perlu mengharungi air dahulu. Jalan pun dibuka sehala sahaja.
Malam ni mungkin jalan disitu sudah ditutup kepada kenderaan ringan. Sebabnya hujan agak lebat pada sebelah petang.
Sewaktu dalam perjalanan pulang, kawasan2 rendah yang berhampiran dengan paya mula dinaiki air. Penduduk2 disitu juga mula mengangkat barang2 ke tempat lebih tinggi.
Moga mereka tabah.
Moga bantuan cepat sampai.
Saya selalu tengok page ni Info Banjir di Pahang, nak tahu perkembangan terkini banjir di Pahang.
Sedang scroll melihat gambar2 banjir, terjumpa video ini -> video banjir
Alhamdulillah, kawasan rumahku di kawasan yang tinggi dan jauh dari air sungai dan kawasan paya.
In sya Allah, tak terkena banjir.
Paling tidak pun menjadi pulau. ^_^

** teringin nak jadi sukarela, beri bantuan pada mangsa2 banjir. Tapi tak tahu nak rujuk siapa..heee (peace)

No comments:

Post a Comment