^^,


Wednesday, December 25, 2013

Alhamdulillah



Assalamualaikum
Seminggu lebih blog ini sunyi tanpa coretan.
Coretan ini adalah rentetan entry sebelum ini.

Mungkin ramai kenalan yang tidak mengetahui kerna sengaja ku menyembunyikan hal itu.
Hanya segelintir sahabat sahaja yang mengetahui.
Dan hanya sebilangan keluarga terdekat yang diberitahu.

Dan saya juga tidak mahu mengulas lanjut cerita ini.

tempat masuk ubat..^^
Cukuplah hanya ingin berkongsi detik ketika berada di hospital selepas menjalani pembedahan membuang cysts minggu lepas.:)
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
Terima kasih kepada sahabat2 yang mendoakan.
terima kasih kepada kaum keluarga yang tak jemu bertanya khabar.
dan terima kasih tak terhingga buat ibu dan papa yang sanggup bercuti untuk menjaga saya di hospital juga adik2 yang menjaga saya ketika dirumah taktala papa dan ibu bekerja.
pengorbananmu begitu besar.
hanya beberapa gambar ini yang dapat dikongsi.^^

peneman saya..^^ tq to Mak Ina yg bagi bear pink tu.^_*
ubat wajib yg kena minum..air gamat..:P selain ubat doktor
noted: saya sangat mengharapkan kalian yang membaca entry ini tidak bertanyakan lebih lanjut tentang hal ini. tetapi kepada pembaca WANITA, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, boleh terus email ke saya di farah_azryena@yahoo.com..:) 

**semoga diri ini terus kuat dan tabah.

" Kata-kata yang indah mengubat rasa gundah.
Kata-kata yang benar membuat fikiran menjadi lebih besar.
Apabila keindahan dan kebenaran bergabung, 
Kata-kata akan menjadi kuasa yang mampu mengubah jiwa.."


 

No comments:

Post a Comment