Assalamualaikum
kali ni nak kongsi berkenaan resepi.
Dua resepi akan diberitahu.
Pertama resepi bubur jagung. Dan kedua, resepi ikan patin
masak tempoyak. :D
Manalah tahu kut hujung minggu ni tak tahu nak masak apa
kan..heee
1) Bubur Jagung
Bahan2nya:
- beberapa tongkol
jagung (di hiris kasar)
- santan
- air
- gula kabung (sekeping)
- gula kasar (secukupnya)
- daun pandan
Cara membuatnya cukup senang. Ini cara yang ibu saya
ajarkan. Dan saya pasti lain orang lain caranya.
1) Masukkan air, jagung,
santan, gula kabung, dan gula kasar sekali gus.
2) Masak atas api yang
sederhana.
3) Sentiasa gaul dengan
perlahan untuk elakkan jagung hancur dan santan pecah.
4) Agak2 nak mendidih,
masukkan daun pandan untuk wangikan masakan.
5) Apabila da masak, rasa
sedikit untuk tahu kemanisan bubur. Bagi siapa nak rasa manis, boleh lah tambah
gula kasar sikit. Tapi jangan manis2 sangat ye. Maniskan dalam senyuman
boleh..heee lepas tu kalau nak pekat warna, boleh tambah gula kabung sedikit,
bergantung kpd kuantiti bubur yg dimasak.
6) Masak sehingga mendidih.
Tutup api. Dan boleh hidangkan. Dan makan..
2) Ikan Patin Masak Tempoyak
Bahan2:
-ikan patin seekor
-air (secukupnya)
-tempoyak (secukupnya)
-cili api (bergantung, klau nak pedas boleh guna banyak dan
sebaliknya)
-bunga kantan
-asam keping (1-2 keping)
-daun kesum
Cara membuatnya:
1) Kisarkan tempoyak dan
cili api. Masukkan dalam periuk yang berisi air.
2) Masukkan ikan patin yang
telah dipotong.
3) Masak sehingga isi ikan
masak. Jangan gaul terlalu kasar kerana boleh menyebabkan isi ikan pecah dan
hancur.
4) Masukkan daun kesum,
bunga kantan dan asam keping.
5) Masukkan garam secukup
rasa.
6) Masak sehingga mendidih.
Apabila mendidih, biarkan beberapa minit dan siap.
** untuk pekatkan kuah, biasanya ibu saya akan masak pada
waktu malam dan simpan semalaman. Tak perlu simpan dalam peti sejuk.
Keesokkannya,masukkan sedikit air panas dan panaskan masakan tadi dengan api
yang sederhana. Siap dan boleh makan dengan nasi panas.
Ok, tu je perkongsian
resepi saya kali ini. Selamat Mencuba. ^^,
bestnya kalo blh mkn kat ipg ni :)
ReplyDeletemasaklah kalau gitu...:)
Delete