Assalamualaikum.
Alhamdulillah,
masih diberi kesempatan untuk bernafas di dunia ini. Masih diberi kekuatan
untuk melaksanakan amanah sebagai hamba-Nya juga amanah sebagai pelajar. Genap
3 minggu di sini. Jadual harian semakin penuh dengan tugasan.
Tapi
sempat juga ku luangkan masa untuk meraikan hari ulang tahun dua sahabat. Sanah
helwah kalian. Moga ukhuwah yang dibina berterusan till jannah. Sayang kalian
kerana Allah. Moga sentiasa bahagia dan dibawah perlindungan-Nya selalu. ^^,
Minggu
3 ini juga sibuk dengan urusan pilihan raya kampus. Kelas ku dijadualkan
bertugas sebagai AJK Pencalonan dan Pendaftran. Alhamdulillah semuanya berjalan
lancar walaupun ada ketikanya sedikit kelam kabut (biasa la tu kan..:P). Tahniah
dan takziah kepada legasi pimpinan baru JPP sesi 2015/2016. Semoga kalian dapat
jalankan tugas & amanah kalian dengan sebaiknya. :D
Lagi
dua hari mula praktikum. Bersediakan aku? In sya Allah bersedia. Moga sentiasa
diberi kekuatan untuk mengharungi segala cabaran akan datang. Moga sentiasa
juga diberi kecekalan hati untuk terus berjuang. Amin.
Hujung
minggu ini, berseorangan lagi. Ambil peluang untuk kemas bilik dan buat
persediaan praktikum. Adakalanya diri ini ditembak dengan soalan, ‘tak bosan ke
sorang2? Bosan? Ada ketikanya terasa bosan jugak tapi mungkin sudah terbiasa
berseorangan. Biasanya, ku isi masa2 terluang bersendirian dengan sesuatu. Cari
sesuatu yang boleh dibuat dan dapat menceriakan hati. ^^,
Alunan ombak di pantai sentiasa menenangkan hatiku. Dapat ku
luahkan segala yang terbuku di hati. Ku biarkan angin laut membawa keresahan ku
pergi jauh. Jauh dariku. Agar dapat ku gantikan ia ketenangan dan keceriaan. Miss
themso much. Tapi xmampu nak diluahkan dengan kata-kata namun ku sampaikan
melalui doa agar mereka juga turut merasainya. n_n
Note: duhai
hati, moga terus kuat, dan kuat, dan kuat.