^^,


Saturday, January 17, 2015

:D



Assalamualaikum
Kembali lagi untuk menggerakkan jari jemari ni. Practice untuk menaip tugasan2 yang bakal diterima Hehe…

Seminggu dirasakan pantas berlalu. Kelas penuh dari pagi sampai tengah hari. Adakalanya sampai petang. Ditambah lagi dengan tugasan2 dan aktiviti sampingan membuatkan jadual agak padat. Namun, sepadat mana jadual harian kita, tanggungjawab kita sebagai hamba Allah jangan dilupakan. Kerna semua yang berlaku adalah dengan izin-Nya. Jika kita penat, pintalah kekuatan dari-Nya, jika kita tidak tenteram, pinta ketenangan dari-Nya, jika kita rasa berseorangan seolah tiada siapa peduli, ingatlah, Allah sentiasa ada, keluarga sentiasa mendokan walaupun berjauhan. Sesibuk mana pun kita, cubalah sesekali hubungi ibu bapa, adik beradik kita.

Diri ini juga cuba untuk selalu menghubungi ibu dan adik. Rindu? Mungkin. Tapi tidak dapat diluahkan dengan kata. Kenapa? Segan kut.. :)) Hanya mampu sampaikan rindu itu melalui doa. Moga orang yang dirindui itu dapat merasainya juga… Homesick ke? Mungkin juga. Tapi selalu didik diri ni, hati ni supaya sentiasa kuat. Kuat dihadapan mereka, kuat dihadapan kawan-kawan. Tapi bila bersendirian, Allah je tau perasaan di hati. ^^,


Kadang diam itu lebih baik. Dan kadang bersendirian itu juga lebih baik. Diakui, semester ini, diri ini lebih banyak menyendiri dan berdiam. Sehingga ada kawan2 rapat bertanya, kenapa selalu sorang2, kenapa xbanyak cakap da macam sebelum ni? Entahlah kenapa. Terasa lebih selesa begitu untuk sementara waktu ini. Mungkin ada juga sebab lain yang tidak dapat dinyatakan di sini. :))
Dan senyum pengubat jiwa yang memberi aura positif dalam diri. Kalau ada perasaan negatif, cepat2 buang dan senyum pada diri. Sentiasa senyum untuk mencari kekuatan dari dalam diri.  In sya Allah akan rasa ketenangan.

Kepada sahabat yang sentiasa ambil berat tentang diri ini, terima kasih sangat2 sebab sentiasa ada. Sayang awak..:P

Esok, minggu kedua kuliah. Moga terus diberi kekuatan dalam menimba ilmu dan melaksanakan tugasan diberikan. :D

No comments:

Post a Comment