^^,


Saturday, January 10, 2015

^^,



Assalamualaikum
Sebulan menyepi. Bukan kerna malas meng’update’ tetapi kerna hal-hal yang perlu diutamakan. Hal keluarga semestinya. Ya, keluarga yang perlu diutamakan. Tanpa mereka siapalah kita. :)
Selagi upaya kita untuk berbakti kepada orang tua kita, maka teruslah berbakti tanpa rasa jemu, letih dan lelah. Kerna mereka tidak pernah lelah dalam membesarkan kita. Jika mereka sanggup buat apa sahaja untuk kita, apa salahnya, kita juga ada rasa yang sama, sanggup buat apa sahaja untuk menyenangkan dan menggembirakan mereka. Jagalah hati ibu bapa sebaik mungkin.

Kembali ke IPG. Tahun ni dah tahun akhir rupanya. Ku rasakan masa semakin pantas berlalu. Teringat kembali ketika baru mendaftarkan diri di ipg, berada di tahun pertama semester satu, ku bermonolog sendri, ‘lamanya belajar kat sini. Sempat tak agaknya untuk habiskan 5 tahun setengah? Setiap kali exam nanti lepas tak untuk ke sem seterusnya? ‘ Dan pelbagai persoalan lain yang timbul. Dan kini, Alhamdulillah setelah 4 tahun setengah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam dunia sebagai guru pelatih, tinggal setahun je lagi. Senior2 kata, tahun akhir paling sibuk, dengan praktikum 3 bulan, AR, tesis dan mcm2 tugasan lagi. Moga segala urusan kita dipermudahkan. moga apa yang dikehendaki tercapai. ^^,


Terasa ingin menaip lagi meluahkan sesuatu tapi apakan daya tidak mampu diluahkan disini. Biarlah ia bermain di fikiran saja.

Esok hari pertama kuliah. Moga terus diberikan semangat dan kekuatan untuk berjuang di medan ilmu ini. :D

No comments:

Post a Comment