Assalamualaikum
Apa khabar semua? Moga sihat2 hendaknya..makan2 jugak di hari
raya ni tapi jangan lupa jaga kesihatan ye sahabat2..dan boleh da mulakan puasa
6 di bulan syawal..entry sebelum ni saya ada katakan ingin berjumpa dengan
keluarga baru. Dan Alhamdulillah, dapat juga berjumpa dengan mereka semua pada
hari raya ke-3. Moga ada manfaatnya perkongsian ini.
Sebelum tu, saya ceritakan serba ringkas hari raya saya. banyak
perkara yang berlaku tanpa diduga. Pertemuan antara keluarga yang sudah lama
tidak ketemu membibitkan rasa bahagia. Berkongsi cerita. Bergurau senda. Dan
aktiviti yang paling menyeronokkan pada malam raya pertama ialah melihat
persembahan bunga api. Selama ni tengok kat tv je, kali ni tengok depan2
mata..meriah sungguh. Tersenyum melihat gelagat2 saudara2ku..dari yang kecil
hinggalah yang besar. Bertahlil beramai-ramai di kubur arwah nenek bersama
keluarga serta umat islam yang lain di pagi raya kedua. Pertama kali hadiri
majlis begitu. Penuh kawasan kubur dengan orang ramai, keluarga si ahli kubur.
Dan teruskan perjalanan ke rumah nenek2 saudara. Setiap kali lalu kawasan
kubur, pasti hati ini berbisik, bersediakah aku untuk memasuki alam kubur?
Bersediakah aku untuk menghadapi malaikat maut? Allahu rabbi..kuatkan hati2
kami untuk sentiasa mengingati-Mu. Permudahkan kami jika waktu itu kian tiba..
Yeayy raya ketiga..pagi2 lagi dah bangun untuk sambung tugasan
malamnya iaitu menggoreng ayam, masak sayur campur, panaskan masakan tempoyak
ikan patin dan mengemas rumah. Disebabkan dah ad dua orang makcik saya yg
membantu ibu, jadi saya ambil tugasan lain iaitu mengemas rumah + jadi
babysitter..sepupu saya 2 orang kecil lagi..jadi bergilir-gilir dengan adik
jaga dieorng supaya tak ganggu mak mereka..heeee bukan mudah nak jadi
babysitter..walaupun saya da biasa tapi still belajar macam mana nak pikat hati
budak kecil ni. Macam mana nak bagi dieorang suka dengan apa yang dibuat.
Setelah mendapat panggilan telefon daripada makcik dan pakcik
yang tiba di tol …. Kami pun bersiap2 dan memulakan perjalanan..dekat je dengan
rumah.. berkumpulan di suatu tempat dan kami bertemu di situ..atuk dan
nenek..mereka yang bawak kami jumpa saudara mara yang lain. Bila bertemu, saya
sangat mengharapkan ada diantara keluarga baru kami muslim tapi tiada. Dan saya
berdoa agar ada la antara mereka tertarik dengan Islam dan masuk Islam. In sya
Allah, mudah2an suatu hari nanti ada juga sebelum terlambat. Saya mohon doa
daripada sahabat2 juga.
Selesai bertemu, kami berkumpul semua di rumah saya untuk makan
tengah hari. Yummy2..semua makan dengan berselera..lapar
barangkali..hehe..selepas zohor kami bertolak ku Kuantan untuk bertemu saudara
mara di sana pula. Dikhabarkan wajah nenek ni seiras wajah arwah tok nun kami.
Ketika tiba di rumahnya, dari pintu pagar lagi saya memerhatikan wajah itu.
Bergenang airmata taktala dapat peluk tubuh itu. Ibarat lepas separuh rindu
pada arwah tok..Allah, mengalir airmata, saya dan kaklong (sepupu) saling
berbisik, sebijik muka arwah tok, cara bercakap hampir sama, bila dipakaikan
baju kurung arwah tok, Nampak sama…Cuma dia non muslim, dan saya sangat
mengharapkan dia masuk Islam. Semua keluarga dia. Amin. Dari info yang saya
dapat, arwah tok nun ada 12 adik beradik. 4 anak pertama dan 4 anak terakhir
dijaga oleh keluarga asal. 4 yang tengah2- 2 diberi pd org melayu, 2 lg pd org
india. Kami masih lagi menjejak kasih yang lain2 tu..hopefully dapat jumpa.
Keesokkannya kami beraya di rumah saudara-mara area Kuantan. 3-4
buah rumah jugak. Petang baru gerak pulang ke rumah masing2. Seronok berjumpa
sebb ada yang tak pernah jumpa, ada yang jumpa masa kecik2 dulu je..bila dah
besar tak ingat da…^^,
Apa2 pun raya tahun nie, seronok bertemu ahli keluarga baru. Bertambah
besar keluarga kami. :D moga ikatan kekeluargaan ini terus utuh walaupun
berlainan agama. Moga suatu hari nanti, Allah memberikan hidayah buat mereka
untuk masuk Islam. Itu harapan saya. =)
p/s-berceloteh lagi musim raya ni..assigments banyak tapi sempat
lgi update blog..hee sekadar perkongsian bersama. Mana tahu dengan penulisan ni
saya dapat jumpa dengan ahli keluarga yang lain.. Rabbi yassir wala tu’assir,
rabbi tammim bil khoir. maaf tak dapat berkongsi gambar2 raya atas sebab2 tertentu..:)
No comments:
Post a Comment