Assalamualaikum..
Alhamdulillah, berada di teratak sudah..selepas melalui minggu2
yang sibuk di IPG, dengan tugasan, pembentangan, dan macam2 lagi..minggu yang
penuh dengan suka duka juga..minggu yang pelbagai perkara yang berlaku samada
dirangcang atau sebaliknya..kini keadaan lebih tenang di rumah, walaupun
tugasan berlambak2 depan mata ni..hehe..bila nak buat ni? Mudah2an
dipermudahkan segala urusan dalam menyiapkan tugasan walaupun separuh je target
siap untuk minggu ni…^^,
Kali ni saya nak berkongsi cerita tentang pengalaman saya
memandu kereta pulang ke rumah dari Kuala Terengganu ke Pahang. Persiapan
mental dan fizikal awal-awal lagi dah siap dek kerana tak sabar nak
pulang..walaupun sibuk, perasaan gembira tetap ada..2 hari sebelum bertolak,
kwan sekelas yang juga bawa kereta ingin konvoi sekali..dalam pada itu, seorang
kakak yang tinggal di Pahang juga nak konvoi sekali..alhamdulillah, konvoi 3
buah kereta, xde la risau apa sangat. Perancangan dibuat, jam berapa nak bertolak,
berkumpul di mana, nak rehat kat mana nanti dan perkara2 yang berkaitan..
Pagi sebelum bertolak, lebih kurang jam 7.15 pagi, saya
dimaklumkan daripada rakan yang tumpang saya bahawa akan ada 2 buah kereta join
konvoi sekali..2 buah kereta tu lelaki..classmate dia dan students batch saya
juga, so kenal la…beberapa minit kemudian, lepas semua berkumpul, kami pun
memulakan perjalanan, doa dibaca diiringi zikrullah..4 buah kereta
mulanya..classmate saya agak lmbt bertolak atas sebab2 tertentu..
Sejam setengah perjalanan kami lancar tanpa sebarang masalah..
sehinggalah lebih kurang jam 9.30 pagi, rakan yang menaiki kenderaan bersama
saya menerima panggilan telefon mengatakan bahawa salah sebuah kereta rakan
kami terlibat dalam kemalangan. Kami yang ketika itu sudah jauh ke depan,
segera memperlahan kereta ke tepi jalan dan bersedia untuk ke tempat
kemalangan. Berdebar seketika hati ini. Mendoakan agar tiada apa2 yang buruk
berlaku. Kami sama2 memenangkan diri masing2 dan berpatah semula untuk mencari
tempat kemalangan berlaku. Tibanya di suatu tempat, kami lihat beberapa buah
kereta telah berhenti untuk membantu rakan2 saya yang cedera. Saya segera
mencari tempat yang selamat untuk park kereta. Masa kami sampai, terkejut juga
tengok kereta terbalik. 2 mangsa stabil tapi salah sorangnya berdarah kepala,
seorang lagi merah didadanya mungkin kerana terhempap strereng dengan kuat. Sebuah
kereta rakan telah membawa rakan yang berdarah di kepala ke klinik berdekatan
disusuli dengan rakan yang sakit di dada dibawa oleh penduduk kampung situ
mungkin.. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan..ramai yang prihatin..itu la
pertama kali duduk tepi jalan macam tu..selama ni, tengok dari dalam kereta je…heeee
Hampir 2 jam duduk disitu, menunggu polis yang tak juga kunjung
tiba. Selesai rawatan di klinik berdekatan mereka berpatah ke tempat kemalangan
dan kami ambil keputusan untuk ke balai polis berdekatan. Laporan dibuat. Hampir
sejam di situ. Kami diminta untuk ke tempat kejadian semula sebab akan ada
pegawai penyiasat nak ambil laporan pula..selesai semuanya, kami berbincang
semula untuk meneruskan perjalanan. Jam menunjukkan angka 1.45 pm. Waktu yang
sangat2 saya nak elak untuk memandu jauh tapi terpaksa lalui juga. Tak pe,
yakinlah ada hikmah semua ni terjadi. Bismillah, doa dibaca, moga dipermudahkan
urusan kami, moga dilindungi perjalanan kami. Amiin. Berhenti solat di RnR Gambang.
Di situ kami berpisah. Laluan yang sama tapi masa bertolak berbeza kerna saya
perlu menunggu ibu bapa salah seorang rakan saya yang menjemputnya di situ. Tepat
jam 3.30 saya memulakan perjalanan ditemani seorang lagi rakan. Kereta mula
banyak di jalanraya. Tapi Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan juga. Jam 4.45
pm kereta ku sudah berada di hadapan rumah, syukur3, Alhamdulillah sampai da
rumah setelah mengharungi peristiwa2 yang tak dijangka. Moga lepas ni xde da
peristiswa macam ni berlaku..^^,
p/s-panjang entry kali ni,.moga x bosan untuk baca entry2 akan
datang..^-^ sabar dan tabahlah wahai sahabat2ku,yakinlah ada hikmahnya berlaku semua ni,. mungkin Allah nak tegur kita atau mungkin ini memang ujian untuk kita. Dia nak lihat jika keimanan kita bertambah atau berkurang jika ditimpa ujian seperti ni..maaf salah silap.
credit to: Hani, Amira, Kak Teha, Firus, Coordy, Alif, Aniq, Shukri, Hari dan dua tiga orang lagi rakan yang xtau nama..^^
No comments:
Post a Comment