assalamualaikum
Alhamdulillah selesai sudah kita menjalani ibadah puasa pada
tahun ni. Moga ramadhan kita kali ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Moga
ramadhan kali ini memberi kita sejuta makna pada diri kita. Moga
tarbiyyah ramadhan ini menjadikan kita lebih dekat-Nya. Moga kita terus
istiqamah dengan amalan kebaikan yang kita lakukan sepanjang ramadhan ini. Jika
ada penambahbaikan lebih baik. Alhamdulillah. Jika kurang, tambahkan untuk
jadikannya lebih baik. =) Moga kita diberi kesempatan untuk bertemu ramadhan akan datang.
Moga diberi peluang lagi untuk memasuki universiti ramadhan akan datang.
Pemergianmu ditangisi. Moga kita ketemu lagi..T_T
Takbir bergema. Sayu alunannya kedengaran. Perbanyakkan zikir
kepada-Nya. Sambil mengemas rumah, jom sama2 bertakbir. Mesti lagi semangat nak
siapkan. Kalau lagu2 raya kita boleh nyanyi, kenapa tidak kita tidak bertakbir.
Bertakbir itu kan lebih baik..^^, ayuh takbir bersama!
Alhamdulillah, kuih raya dah siap walaupun ada yang beli, hehe,
rumah sudah dikemas.,penat tapi itulah kegembiraannya..seronok dapat tolong
ibu, sebab bukan senang nak buat kerja2 rumah ni,.belajar jauh, sekali bila
dapat balik awal, macam2 nak buat..kalau boleh nak suruh ibu duduk diam
je..hehe tapi apakan daya, ibu memang jenis buat kerja, tak boleh duduk
diam..jadi kita bantulah mana2 yang kita mampu..bila ibu masak, bantulah di
dapur..sambil2 boleh belajar memasak kan..huhu…..anak perempuan kena belajar
semua2 ye sahabat2 akhawat..^_^
Esok dah raya, tapi tak rasa macam nak raya je..kenapa ye??
Takpela,.nak tak nak kita kena sambut juga..yang istimewanya raya kali ini,
saya dan keluarga rapat berkumpul sama2 raya ketiga nanti dan kami akan jumpa
ahli keluarga baru.. ye, keluarga baru..tapi bukan baby..kami dah jumpa
keluarga sebenar arwah nenek saya..keluarganya asal dari Negara China. Namun
kini menetap di Malaysia. Kebanyakannya di Pahang juga. Allah, gembira tak
terkata bila dapat tahu. Hampir 3 tahun kami mencari mereka. Mula mencari
ketika arwah nenek tapi kini baru jumpa. Macam manalah agaknya nanti. saudara
mara terdekat; adik2 ibu, sepupu2 saya akan berkumpul dirumah saya dulu. Lepas
tu barulah kami akan menziarah keluarga baru kami..^______^ petangnya pula kami
akan bergerak ke Kuantan untuk melawat keluarga baru dan juga keluarga lama di
sana…penuh jadual untuk 5 hari raya pertama.. moga dipermudahkan urusan kami.
Moga pertemuan ini mengeratkan lagi silaturrahim kami.
p/s-panjang lagi entry saya kali ini..banyak yang nak
dikongsikan. Moga ada manfaatnya. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada
sahabat2 yang saya kenal mahupun tidak. Juga kepada sahabat2 yang mengenali
saya mahupun tidak. Moga ukhuwah kita sentiasa bertaut.=))))
No comments:
Post a Comment