^^,


Sunday, August 25, 2013

Pengalaman ROS Terakhir



assalamualaikum.
Pastinya minggu ini, minggu yang sibuk bagi pelajar-pelajar IPG, cikgu-cikgu sekolah, murid-murid dan orang-orang yang bercuti lama untuk menyambut syawal. Tugasan2 ku semakin berat terasa. Banyak perkara perlu diselesaikan. Tugasan RPH, tugasan mengajar, tugasan mencipta lagu, tugasan memerhati dan tugasan2 yang sewaktu dengannya. Itula, bila cuti dua minggu, sakan bercuti, terlupa segala tugasan. Tapi takpe, moga Allah permudahkan urusan kami. In sya Allah.

Selamat ber’ROS’ bagi rakan-rakan semester 4. Jadikan ROS terakhir ini yang terbaik antara ROS yang lepas..:P juga selamat ber’ROS’ bagi adik-adik semester 2. Buat yang terbaik. Dan senior2 semester 6 yang berjuang di medan praktikum. Jalankan tugas anda dengan sebaiknya. Dan juga adik-adik di IPG..belajar elok2..jaga diri, tak ramai kat asrama tu.heee


Melaksanakan tugasan ROS terakhir di Jerantut di sekolah pendalaman adalah 1 pengalaman baru. Sebelum2 ni pergi sekolah bandar dan luar Bandar. Kini, di sekolah yang pelajarnya hanya lebih kurang 300 pelajar. Dan guru pelatih yang buat ROS seramai 8 orang termasuk saya dan rakan-rakan. Alhamdulillah, guru-guru dan murid-murid kat sini, peramah, baik hati, bagi kerjsama. Biasanya bila kami di kantin, kami akan ditegur oleh murid2 darjah 1..ya, darjah 1 oke..1st time saya datang sekolah, murid darjah satunya, mulut bising. Bukan bising apa. Dieorang menegur kami. “cikgu! Hai.. (sambil lambai2 tangan)” kami pun lambai la juga. Selagi nampak kami, selagi tu la dieorang lambai tangan. Macam2. Tiap2 kali kami lalu situ, macam tu la, lambai2 tangan kat diaorang..heee Tapi itulah kemanisannya. Wajah mereka menggambarkan kegembiraan ketika orang lain penuh masalah.

Memulakan hari ROS dengan diri tidak berapa sihat, tapi diri ini perlu kuat untuk melaksanakan dan menyelesaikan tugasan2 IPG. Jadikan kesakitan itu sebagai dugaan dan kafarah dosa2. Nikmati juga rasa sakit itu supaya kita lebih bersyukur apabila kita sihat. Alhamdulillah, hari kedua dah beransur sembuh. Sempat melihat rakan mengajar di tahun 2. Hati mula rasa tak keruan. Ops, bukan tak keruan sebab bercinta ke atau sebab masalah lain. Tapi tak keruan memikirkan macam mana la pengajaran saya nanti..^^< rabbi yassir wala tuassir. Alhamdulillah, latihan mengajar dipermudahkan..hari ketiga, latihan mengajar saya dan Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik walaupun kelas xberapa terkawal pd sesetengah masa.. masuk kelas tahun 2 utk melihat pengajaran BI..seronok sgt duduk dalam kelas tu sehingga xsedar masa dah habis..tq teacher sebab bagi kami join aktiviti yang dilakukan..=) hari keempat melihat kawan2 saya pula mengajar..dan hari kelima, persediaan sambutan hari raya pd keesokannya..waktu ni, saya tak sihat lagi..dugaan sungguh ROS kali ini..tapi bersyukur sebab segala urusan dipermudahkan..


Perjalanan pulang ke IPG tidak seperti yang dirancang..sepatutnya saya yang drive tapi sebaliknya yang berlaku…ibu tersayang saya yang drive..thanks a lot mom..semuanya gara2 ibu tak yakin saya boleh drive jauh dengan keadaan tak berapa sihat lagi..nak minta kawan drive kan, dia tak tahu jalan..lepas tu, ibu ambil keputusan untuk hantar juga saya…pengorbanan besar seorang ibu..papa tak boleh nak join sebab ada program raya di tempat kerjanya..tiba di KT, beli makanan tengah hari, makan di bilik, rehat2 kejap, solat dan bertolak ke Bandar KT untuk hantar ibu naik bus.. sedih sangat waktu tu..walaupun sebelum tu suka2 je…T-T sebelum ibu naik bus, peluk+cium ibu, berderai airmata. Cuba untuk tahan, tapi mudah sangat mutiara jernih ni nak mengalir..heee.. niat di hati nak tunggu sampai bus jalan tapi bila semakin deras airmata ni+sebak lagi, ibu kata, pergilah,.belanja kawan yang temankan saya makan..ya, sebenarnya ku tahu, ibu pun sebak juga sebab itu dia suruh saya pergi..mungkin sebab saya tak berapa sihat, sebab tu rasa sebak je..mungkin kita semua lebih tabah dan kuat..sedang menaip ni pun, menitis lagi airmata,.bila my parents call pun, dengar suara je, terus sebak..homesick kut..hahaha yela 3 minggu di rumah..^^, apa2 pun, banyak sangat pengalaman pahit manis semasa cuti + ROS..terima kasih cikgu2 di SK Kota Gelanggi 1, Jerantut, Pahang..Keluarga Hani dan pihak2 lain..=) moga dapat bertemu lagi pada masa akan datang..


Setakat itu dulu perkongsian saya..lepas ni makin sibuk, entah bila dapat update blog lagi…moga diberi kesempatan..moga kesibukan yang ditempuh nanti tidak melemahkan iman kita semua..in sha Allah, moga bertambah keimanan dan kecintaan kita pada ibadah..amin3..

p/s- asif jiddan ala kulli hal..kalau ada kata2 saya menyinggung sahabat2, atau saya ada tersalah bicara..tegurlah..kerna kita tidak sempurna..saling memerlukan teguran..tapi tegurlah dengan cara berhikmah… Jom laksanakan puasa sunat 6 sementara ada kesempatan lagi..:)

No comments:

Post a Comment