1) MULALAH SELANGKAH DEMI SELANGKAH
Adakalanya ketika melakukan perubahan, kita ingin mengubahnya secara menyeluruh. Daripada mengubah secara keseluruhan, lebih baik perbaiki setahap demi setahap.
2) BERBINCANG DENGAN DIRI SENDIRI
Luangkan sedikit masa untuk diri sendiri. Dengarkan suara hati anda. Percayalah, anda akan merasa terkejut apabila mengetahui betapa kerasnya anda terhadap diri sendiri. Gantikan setiap kata-kata negatif kepada diri sendiri dengan kata-kata yang positif.
3) BERHENTI MEMBANDINGKAN
Sudah sewajarnya jika kita melihat orang sebagai tolok ukur, tapi jangan terlalu membandingkan kehidupan orang lain dengan kehidupan anda sendiri. Membandingkan hubungan dengan pasangan, pekerjaan yang anda miliki dengan apa yang dimiliki orang lain hanya akan memukul keras harga diri anda.
4) NASIHATKAN DIRI SENDIRI
Kebanyakan orang lebih cenderung menyelesaikan masalah orang laik daripada mengatasi masalah sendiri. Jika anda berjaya menghiburkan teman yang ditimpa masalah, tanyakan padanya apa yang membuatnya berasa terhibur. Lain kali jika anda menghadapi masalah, mungkin cara itu dapat anda gunakan untuk diri sendiri.
5) UTAMAKAN DIRI SENDIRI
Jika anda sering meletakkan kepentingan diri pada tangga terakhir, sekali-sekala lakukan untuk diri sendiri. Mengutamakan kepentingan sendiri akan mendorong anda mengasihani diri sendiri. Sesekali mementingkan diri sendiri boleh memberi keseimbangan dan membawa hasil yang lebih baik untuk anda serta orang-orang yang disayangi.
6) TUMPUKAN PADA DIRI SENDIRI
Luangkan masa untuk diri sendiri. Manjakan diri anda dengan melakukan pelbagai rawatan sesekali ini. Ini cara untuk menikmati hidup sendiri. Tidak salah sesekali berbelanja untuk diri sendiri demi kepuasan hidup dan boleh dijadikan motivasi untuk merencana kehidupan yang lebih baik.
7) LUANGKAN MASA UNTUK KELUARGA
Banyakkan luang masa untuk bersama keluarga. Melayani kerenah anak-anak kadang-kala boleh membuatkan hati menjadi tenang. Melihat telatah mereka berasa hidup ini sungguh bererti dan boleh mendorong diri memikirkan perkara-perkara yang lebih positif untuk masa hadapan mereka.
8) MINTA SOKONGAN DARIPADA TEMAN
Kita memang sering kehilangan semangat. Alangkah baiknya jika meminta bantuan teman untuk sentiasa menyedarkan dan memberikan semangat. Ceritakan pada teman yang boleh dipercayai kalau anda sedang menghadapi masalah, biarkan teman memberikan dorongan dan sokongan sekaligus memberi semangat baru. Minta pendapatnya mengenai bagaimana anda harus menghadapi sesuatu masalah yang mengganggu emosi.
9) NIKMATI KEJAYAAN
Tujuan hidup adalah untuk menggapai sebuah kejayaan sama ada dunia mahupun akhirat. Apabila beroleh sebuah kejayaan, nikmatinya agar hidup berasa lebih dihargai. Kongsi kejayaan dengan keluarga, sahabat handai dan juga pekerja yang banyak membantu. Dengan cara begini membuatkan hidup dikeliling dengan warna-warni yang menyegarkan.
10) JANGAN LUPA BERSYUKUR
Kadang-kadang kita lupa betapa banyak yang telah kita dapat dalam hidup ini. Sebenarnya, menyedari rahmat yang kita terima akan membawa warna cerah dalam kehidupan sendiri. Mulailah membuat catatan bahagia setiap hari. Ingat 3 perkara yang anda syukuri selama sepanjang hari yang anda lalui, nescaya itu akan membuat anda lebih menghargai hidup.
Kalau HIDUP POSITIF dapat membuat kita LEBIH BAHAGIA & SIHAT, rasanya kita semua patut untuk mendapatkannya.
sumber : SURYANINGSIH.WORDPRESS.COM
No comments:
Post a Comment