^^,


Wednesday, December 22, 2010

Macam Mana Nih ?!


Kalau kita malas nak zikir, Malas lagi kita nak solat.
(Mestilah, dah zikir pun malas, apatah lagi nak sembahyang!)

Kalau kita susah nak hormat ibu ayah, Susah lagi untuk kita nak hormat Allah.
(Tak percaya? Cuba fikir, mak ayah pun kita tak reti hormat, macam mana nak hormat Allah, Tuhan Pencipta Alam ini?)



Kalau kita malas berpuasa, Malas lagi kita nak pergi berperang untuk Islam.
(Betullah! Kenapa? Sebab puasa sehari pun kita sudah tak tahan, macam mana nak berperang yg amat memerlukan kekuatan dalaman?)


Kalau kita susah & lambat melunaskan hutang kita sesama manusia, Untuk apa kita berhutang dgn Allah.
(Contohnya; tinggal solat, puasa, zakat & macam2 lagilah! Tak ke namanya hutang dgn Allah itu?)



Kalau kita tak mahu memaafkan org lain, Allah lagi tak ingin nak ampunkan kita!
(Ampunkanlah sahabatmu, sedangkan Nabi sendiri ampunkan ummatnya yg seribu!)

Kalau kita jauhkan diri kita 1 langkah dari Allah, Allah meninggalkan kita seribu langkah jauhnya.
(Fikirlah sendiri)

Kalau kita membenci Islam, Cuba fikir balik, Macam mana kalau Allah benci kita, meluat dgn kita?
(Fikir dahulu sebelum buat)



No comments:

Post a Comment