^^,


Thursday, December 9, 2010

9 Sebab Hati Tidak Berasa Bahagia

Petikan perkongsian dibawah dipetik daripada tabloid iluvislam edaran 10-16 Disember 2010..


Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :-


1) PEMARAH 
Paling mudah dikesan @ dilihat dan paling banyak dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2) PENDENDAM 
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil sekalipun seperti sakitkan hati @ tempelak orang yang didendami itu. Hati-hati kerana sikap begini boleh membawa kepada mendapat penyakit yang lebih serius seperti sakit jantung dan sebagainya.

3) HASAD DENGKI 
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4) BAKHIL 
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya.Sesungguhnya Allah SWT lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah namun benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadang kala itu Allah beri melalui makhluk.

5) TAMAK 
Orang yang tidak puas dengan sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yang diminum tetap tidak akan kehabisan. Ingat yang dikatakan harta @ rezeki kita bila ia dipakai @ digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6) TIDAK SABAR
Andai perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7) EGO 
Ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8) RIAK 
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. jika dipuji, dia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, dia kan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak dan takkabur.

9) CINTA DUNIA 
Terlalu mengejar dunia hingga lupa akan tanggungjawab terhadap AllahSWT. Terlalu mengejar harta sehingga mengabaikan keperluan yang lain. Orang begini tidak merasa nikmat syukur kerana jarang sekali mereka bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT. Sentiasa berasakan harta yang diperolehi itu tidak mencukupi.



sumber : PERIBADIRASULULLAH.WORDPRESS.COM


No comments:

Post a Comment