^^,


Sunday, December 26, 2010

RENUNGAN BERSAMA..


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :-
>Tolong pergi kedai - RM1.00
>Tolong jaga adik - RM2.00
>Tolong buang sampah - RM1.00
>Tolong kemas bilik - RM2.00
>Tolong siram bunga - RM2.00
>Tolong sapu sampah - RM2.00

>JUMLAH RM15.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

>Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
>Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
>Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma
>Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
>Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma

>JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada muka surat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya, 'Wahai
Rasulallah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari ku?"
Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian
ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

>Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepadaNya.

No comments:

Post a Comment