Pernahkah anda menangis? Jika anda menangis, apakah punca dan sebabnya? Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan m'berikan harga dan nilai t'sendiri. Allah yg m'ciptakan ketawa & tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dr mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia b;laku setiap hari tanpa putus2. Seperti sungai yg mengalir ke laut tidak pernah t'henti. Kalaulah air mata itu t'kepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.
Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah :-
- Menangis kerana KASIH SAYANG
- Menangis kerana CINTA
- Menangis kerana GEMBIRA
- Menangis kerana MENGHADAPI PENDERITAAN
- Menangis kerana TERLALU SEDIH
- Menangis kerana TERASA HINA & LEMAH
- Menangis kerana M'DAPAT BELAS KASIHAN ORANG
- Menangis kerana MENGIKUT-IKUT ORG MENANGIS
- Menangis ORANG MUNAFIK yakni b'pura2 menangis
Ada jenis tangisan nampak biasa saja tetapi air mata yg mengalir itu dpt memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi SAW dlm 1 hadis. Rasulullah bersabda, maksudnya:
"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah kan m'haramkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang drpd suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yg tak m'punyai kadar & balasan kecuali air mata. Sesunguhhnya air mata dapat memadamkan api neraka."
Tangisan yg dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kpd Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan & dosa, malah tangisan takut kpd azab Allah sangat b'nilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka. Salman al-Farisi r.a b'kata, sahabat2ku menangis atas 3 perkara, iaitu : Berpisah dgn Rasulullah & kalangan sahabat. Ketakutan seorang yg perkasa ketika melihat malaikat Israil datang m'cabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga @ neraka.
Ada juga jenis air mata yg tidak b'nilai di sisi Allah, malah kadangkala m'dapat kemurkaan Allah. Antaranya, menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap & memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian. Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah SAW dlm sabda yg b'maksud : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara, iaitu:
- Apabila dahinya b'peluh.
- Air matanya berlinang.
- Hidungnya keluar cecair.
Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yg melanda diri, segala dosa b'bentuk bintik hitam yg m'gelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT. Justeru, serula air mata itu drpd p'sembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, m'basahi & m'cuci hati, sehingga ia putih kembali & semoga ia dpt meleburkan dosa & m'dapat keampunan-Nya.
Gambar hiasan. |
SUMBER: TABLOID ILUVISLAM
No comments:
Post a Comment