^^,


Friday, December 10, 2010

AMALAN MENJADI WANITA SOLEHAH

1) MENDIRIKAN SOLAT 
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

 2) MENJAGA SOLATNYA
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk, menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengejarkannya serta menjaga waktunya. Ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak berlengah-lengah.

3) BERSYUKUR DAN REDHA
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian @ musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4) SELALU BERSEDEKAH
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin bantu-membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allah SWT akan gantikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5) MENJAGA MARUAH DIRI
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6) TAKUT DIMURKAI ALLAH SWT
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran allah dan menjauhi semua larangan-Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa  merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan hanba-Nya.

7) MENJAGA AMANAH
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seperti di dalam surah Al-Fatihah, "kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kamo memohon pertolongan."

8) PANDAI MENGAJI AL-QURAN
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan menjaga diri, mestilah juga tahu mengaji al-Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat sebuah kubur!

No comments:

Post a Comment