^^,


Wednesday, December 15, 2010

4 SIFAT UTAMA PEMIMPIN AGUNG

NABI MUHAMMAD SAW ialah pemimpin ulung dunia. Walaupun baginda dibesarkan dlm keadaan yatim piatu & serba sederhana, tetapi itulah yg m'jadi asas penting dlm p'bentukan sifat kepimpinan baginda.

Rasulullah SAW sememangnya insan istimewa & terpilih. Dalam usia yg masih setahun jagung, baginda telah menerima gelaran Al-Amin lantaran kejayaannya menyelesaikan krisis meletakkan Hajar al-Aswad di tempat asalnya yg tercetus antara puak Quraisy ketika itu.


4 sifat utama yg dimiliki baginda iaitu siddiq, amanah, tabligh & fatonah m'jadi pakej yg melengkapkan sifat kepimpinan dlm diri baginda. Siddiq yg bermaksud benar mendorong org ramai meyakini apa yg dikatakan baginda.

       Setiap kata2 yg keluar drpd bibirnya benar tanpa ada sedikit pun terselit unsur p'bohongan. Selain itu, siddiq turut m'bawa maksud perjuangan & hidup baginda adalah b'tunjangkan kpd kebenaran yg sebenar.

       Sifat amanah yg ada pd Nabi Muhammad SAW turut m'jadikan baginda pemimpin yg hebat. Setiap hukum Allah SWT dilaksanakan oleh baginda dgn tepat & benar sebagaimana yg telah diwahyukan kepadanya.

       Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai rasul & nabi, baginda bersih drpd sebarang penyelewengan & pengkhianatan. Pada masa yg sama, baginda ikhlas serta tidak memungkiri janji.

       Sesuai dgn sifat kerasulannya, Nabi Muhammad SAW juga seorang yg tabligh. Tabligh di sini merujuk kpd menyampaikan wahyu Allah SWT utk sekalian umatnya. Dalam melaksanakan tanggungjawab baginda, Rasulullah SAW tidak menyembunyikan apa yg ditanzilkan oleh Alllah SWT. Malah, segala-galanya disebarkan menerusi kemahiran b'komunikasi yg tinggi.

       Selain itu, baginda turut b'sifat fatonah ataupun bijaksana, apatah lagi apabila b'hadapan dgn musuh agama. Kebijaksanaannya menangani pelbagai perkara antara faktor utama p'kembangan Islam. Kepandaian luar biasa yg dimilikinya menjadi banginda seorang pemimpin yg amat disegani. Kempat-empat sifat inilah antara rahsia kepimpinan hebat Rasulullah SAW.

No comments:

Post a Comment