^^,


Monday, December 13, 2010

KEBESIHAN DALAM ISLAM 1 FITRAH

Menjaga kebersihan merupakan amalan yg t'puji. Kebersihan e2 m'punyai skop yg begitu meluas. Kempen2 m'jaga kebersihan adalah b'tujuan agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan sihat.

Lihatlah dlm mana2 kitab feqah sama ada yg di jual di Malaysia, Mesir, Jordan dan lain2 lagi, at-taharah @ b'suci merupakan tajuk yg awal dibincangkan sebelum bab solat. Mengapa?? Untuk melakukan solat 5 waktu, kita disyaratkan agar suci dari segala hadas kecil dan hadas besar. Betapa pentingnya b'suci agar kita selalu berada dlm keadaan yg bersih. Penekanan t'hadap penjagaan kebersihan dikuatkan dgn hadis Nabi SAW iaitu kebersihan itu separuh drpd iman. Perkataan separuh menunjukkan betapa besarnya bahagian iman itu. Umpama sebiji kek yg dibahagi-bahagikan kpd rakan2. Sepotong kecil diberikan kpd rakan2 yg lain dan kita mendapat separuh drpd kek itu.

Kebersihan diri, pakaian, alam sekitar, tempat tinggal, dan lain-lain lagi amat dititikberatkan. Dalam kata lain, kebersihan itu m'punyai skop yg luas. Orang menjaga kebersihan akan diberi ganjaran pahala. Sebagai contoh, pada hari Jumaat kita dianjurkan agar mandi sunat hari Jumaat, memakai baju yg cantik dan wangi-wangian. Perkara inilah yg menjadi kesukaan manusia kerana menusia dilahirkan atas fitrah. Islam juga adalah fitrah. Fitrah merujuk kpd perkara2 baik. Maka, jika masih ada manusia yg suka kpd kekotoran b'makna mereka sedang melawan fitrah yg baik itu.

KETENANGAN HATI

Bersuci mampu mendidik hati menjadi bersih. Orang yg bersuci adalah orang yg sentiasa hampir dgn Allah. Mereka inilah yg dilihat menunaikan solat sama ada di masjid atau surau. Sedangkan org yg tidak berada dlm keadaan b'suci atau pengotor dilihat seolah-olah jauh dgn Allah. Seteruk mana pun kerja yg dilakukan walaupun terpaksa b'gelumang dgn sampah atau najis, namun apabila masuknya waktu solat, mereka akan menyucikan tubuh badan untuk menghadap Allah. Sedangkan mereka yg pengotor, hidupnya tunggang langgang, dan sekali gus boleh merosakkan hati. Paling berbahaya lagi apabila Allah terus dilupakan. Seruan azan dipandang sepi seolah-olah hanya 1 panggilan biasa.

Ketenangan lebih dirasa jika berada dalam keadaan y bersih. Hati menjadi lapang walaupun fikiran b'serabut. Ibadah juga dpt dilakukan dengan tenang dan ikhlas. Pepatah Arab ada mengatakn, "akal yg sihat b'punca drpd tubuh badan yg sihat," Jika kita menukarkan pepatah ini kpd sebaliknya, memberikan kita 1 gambaran bahawa "akal yg tidak sihat disebabkan badan yg tidak sihat!" Punca2 badan tidak sihat boleh dikaitkan dgn pelbagai faktor. Tidak menjaga kebersihan merupakan salah 1 faktor yg menyumbang kpd masalah ini.

AMBIL TAHU

Majoriti rakyat Malaysia menggunakan air sebagai alat untuk bersuci, tidak mengendahkan cara bersuci yg lain seperti istinjak, tayammum dan sebagainya. Tanpa kita sedari, maka akan timbullah pelbagai masalah jika suatu hari nanti kita mengalami kemarau panjang atau t'putus bekalan air yg begitu lama. ketika itu kita akan lihat dan dengar pelbagai alasan orang tidak menunaikan solat. Jawapannya mudah. Tidak ada air!
Siapkan diri dgn maklumat dan jangan biarkan diri jahil tentang agama.

No comments:

Post a Comment